Monday, 23 September 2013

Persediaan pelajar menjelang PMR `13

Assalamualaikum & Salam Sejahtera kepada sidang pembaca yang dikasihi..

Maaf atas kelewatan.

Menjelang Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) yang kian tiba, para pelajar telah membuat persediaan

yang rapi dari segi akademik, mental & rohani; Kelas-kelas tambahan yang dianjurkan oleh pihak MITS

Klang, Kelas Prep Persediaan PMR (3P) yang dianjurkan oleh MTIAS sendiri, Solat Hajat Mingguan yang

diketuai oleh Imam Paduka Tuan, Qiamullail dan Slot Motivasi yang dipimpin oleh Ustaz Yusuf Hawasy.

Diharapkan aktiviti-aktiviti ini dan program-program ini sedikit sebanyak dapat membantu para pelajar

supaya lebih bersedia menghadapi peperiksaan tersebut.

Pada PMR `13 nanti, para pelajar akan menginap di asrama MITS Klang selama 9 hari, bermula 1 Oktober

2013 hingga 9 Oktober 2013. Ini bertujuan untuk memudahkan para pelajar bergerak dan bersedia dengan

lebih sistematik dan teratur.

Marilah sama-sama kita mendoakan kejayaan mereka. kejayaan dunia & akhirat. insyaAllah.

Kumpulan 1 dalan sesi 3P, yang dianggotai oleh oleh Akmal, Aqbar, Ishaq, Nashriq, Muaz & Danial,  sedang berbincang sesuatu.

Samba  dari Kumpulan 2 3P, sedang mengajar Matematik.
Kumpulan 2 3P - Badrul, Amir, Syafiq Zakwan dan Afif, sedang tekun memahami apa yang diajarkan oleh Samba.

Para pelajar MTIAS memberikan pose istimewa sebelum  Majlis Berbuka Puasa bersama DYTM Raja Muda Selangor pada Ramadhan yang lalu.



Sunday, 24 March 2013

Selamat Bercuti!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Post ini sepatutnya dipublish minggu lepas, last friday to be precise..
ada beberapa perkara yang SANGAT PENTING yang memerlukan perhatian para ibubapa MTIAS ;

  1.  bersama- sama ini, KALENDAR PERSEKOLAHAN 2013 telah dilampirkan sebagai reference ibubapa. sila print jika perlu.
  2. bagi tuisyen berbayar pula, para pelajar diminta untuk pulang lebih awal pada hari Ahad, 31 MAC 2013, iaitu pada jam 9 am. ini kerana kelas tuisyen akan bermula pada jam 10 am.ATAU, para pelajar boleh juga dihantar terus ke pusat tuisyen oleh ibubapa masing- masing.
  3. bagi para pelajar yang masih belum melunaskan yuran tuisyen bagi bulan FEB dan MAC, diharap dapat melangsaikan secepat mungkin.ini kerana guru terpaksa mendahulukan wang beliau untuk melunaskan bayaran.
  4. bagi bayaran bulan APRIL pula, para ibubapa, diminta untuk membuat bayaran sebelum 5 APRIL 2013.



Friday, 1 March 2013

UPDATE TILL 1st MAC `13

Assalamualaikum dan salam pagi jumaat,

sedikit perkembangan @ update berkenaan aktiviti MTIAS :


  • makanan tambahan, kismis, masih ada -  about 50% each-  tetapi sudah sedikit susut. respon dan testimoni dari para pelajar yang memakannya adalah amat baik dan positif. 

  • kelas tuisyen yang telah diadakan dan sedang berjalan adalah dalam keadaan baik dan jadual pengajian adalah seperti berikut:
          1- Kelas Matematik      : Sabtu, 2 petang hingga 4 petang.

          2- Kelas Pusat Tuisyen  : Ahad, 10 pagi hingga 2 petang.

  • Minta perhatian ibubapa dan penjaga untuk memberikan ubat atau supplement jika perlu.

  • untuk makluman, pelajar yang sakit akan dihantar ke KLINIK / HOSPITAL KERAJAAN; 
  1. HOSPITAL TENGKU AMPUAN RAHIMAH.
  2. KLINIK ANIKA.
  • sekiranya pelajar meminta untuk dihantar ke klinik / Hospital Swasta, segala perbelanjaan ditanggung oleh ibubapa/ penjaga.







 

 

 

 

 

Wednesday, 6 February 2013

AHLAN WA SAHLAN


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada sidang pembaca sekalian.

selamat datang ke blog MAAHAD TAHFIZ ISTANA ALAM SHAH KLANG.