Monday, 23 September 2013

Persediaan pelajar menjelang PMR `13

Assalamualaikum & Salam Sejahtera kepada sidang pembaca yang dikasihi..

Maaf atas kelewatan.

Menjelang Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) yang kian tiba, para pelajar telah membuat persediaan

yang rapi dari segi akademik, mental & rohani; Kelas-kelas tambahan yang dianjurkan oleh pihak MITS

Klang, Kelas Prep Persediaan PMR (3P) yang dianjurkan oleh MTIAS sendiri, Solat Hajat Mingguan yang

diketuai oleh Imam Paduka Tuan, Qiamullail dan Slot Motivasi yang dipimpin oleh Ustaz Yusuf Hawasy.

Diharapkan aktiviti-aktiviti ini dan program-program ini sedikit sebanyak dapat membantu para pelajar

supaya lebih bersedia menghadapi peperiksaan tersebut.

Pada PMR `13 nanti, para pelajar akan menginap di asrama MITS Klang selama 9 hari, bermula 1 Oktober

2013 hingga 9 Oktober 2013. Ini bertujuan untuk memudahkan para pelajar bergerak dan bersedia dengan

lebih sistematik dan teratur.

Marilah sama-sama kita mendoakan kejayaan mereka. kejayaan dunia & akhirat. insyaAllah.

Kumpulan 1 dalan sesi 3P, yang dianggotai oleh oleh Akmal, Aqbar, Ishaq, Nashriq, Muaz & Danial,  sedang berbincang sesuatu.

Samba  dari Kumpulan 2 3P, sedang mengajar Matematik.
Kumpulan 2 3P - Badrul, Amir, Syafiq Zakwan dan Afif, sedang tekun memahami apa yang diajarkan oleh Samba.

Para pelajar MTIAS memberikan pose istimewa sebelum  Majlis Berbuka Puasa bersama DYTM Raja Muda Selangor pada Ramadhan yang lalu.



No comments:

Post a Comment